Pemindahan Organ Di Malaysia Ikut Prosedur - Liow

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Selasa menegaskan proses pemindahan organ di negara ini dibuat mengikut prosedur telus di samping piawaian dan pemantauan kesihatan yang rapi.

Beliau berkata selain itu, semua hospital kerajaan mahupun swasta perlu mendapat kelulusan sebuah jawatankuasa di Kementerian Kesihatan sebelum melakukan pemindahan organ.

"Saya mengesahkan Malaysia bukan negara yang menjalankan aktiviti pemindahan organ secara haram, dan tuduhan ini telahpun disangkal pihak polis," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementerian dan syarikat Novartis Malaysia Sdn Bhd di sini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan polis mendapati tiada bukti hospital tempatan terlibat dalam operasi pemindahan organ secara haram.

Ia berikutan dakwaan kewujudan kegiatan itu melibatkan beberapa hospital Malaysia yang timbul pada September tahun lepas.

Liow menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan tidak benar kerana Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi dalam mempertahankan standard etika dan profesionalisme dalam soal pendermaan dan pemindahan organ.

Beliau menarik perhatian bahawa pemindahan buah pinggang di Malaysia dibuat Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa hospital swasta di sekitar Lembah Klang.

Sambil menegaskan kementerian akan sentiasa memantau keadaan secara terperinci, Liow berkata: "Jika ada bukti pemindahan organ secara haram berlaku di mana-mana hospital, kita pasti mengambil tindakan serius terhadap pihak terbabit." -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan