KBS Nafi Bayar Belia Untuk Hadir Himpunan Jutaan Belia

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Isnin menafikan membayar golongan belia untuk hadir ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lepas.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, elaun hanya diberikan kepada sukarelawan yang bertugas pada perhimpunan itu, yang berbentuk kupon makanan bernilai RM15.

"Peruntukan hanya diberikan kepada sukarelawan dalam kalangan belia sebagai ganjaran, itupun berbentuk kupon makanan bernilai RM15 yang boleh ditukarkan kepada makanan di gerai-gerai jualan pada perhimpunan itu...itu sahaja yang kami berikan.

"Seramai 20,000 sukarelawan terlibat bagi membantu kerja-kerja membersih dan sebagainya.. kami tidak mahu jadi seperti perhimpunan Bersih, mereka berhimpun tetapi tidak menjaga kebersihan dan mengotorkan kawasan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata, dakwaan pengunjung di beberapa negeri bahawa mereka dibayar sejumlah elaun oleh kementerian itu untuk hadir ke perhimpunan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak benar.

"Duit yang diperoleh mereka bukan datang dari kementerian, ia mungkin dari badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang menaja dan membawa mereka datang ke sana kerana kami hanya memberi elaun kepada sukarelawan bertugas sahaja," katanya.

Beliau berkata, para sukarelawan terdiri daripada pasukan pengakap, i-Volunteers dan Rakan Muda yang mana peruntukan dikeluarkan bertujuan untuk pembangunan dan pendidikan belia.

Katanya, pada peringkat awal, peruntukan yang disediakan untuk membantu menggerakkan kumpulan sukarelawan itu dianggarkan sebanyak RM4 juta, namun perkiraan akhir akan diketahui dalam tempoh sebulan.

"Peruntukan yang digunakan pada perhimpunan ini adalah kurang dari apa yang kami jangkakan, malah kami turut menerima sumbangan dari pihak swasta berjumlah hampir RM28 juta untuk menjayakan perhimpunan itu," katanya.

Dalam pada itu, mengenai persembahan kumpulan K-Pop yang menjadi kontroversi pada perhimpunan itu, beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan orang ramai pada masa akan datang sebelum menganjurkan sebarang acara.

"Kami juga akan lebih berhati-hati dan memantau pakaian artis yang terlibat terutama dari luar negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan