Aset RM3 Bilion: Anwar Sedia Disiasat Lagi

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung dakwaan salah guna kuasa dan memiliki aset bernilai sehingga RM3 bilion ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau sedia disiasat secara terbuka walaupun kes berkenaan telah disiasat oleh Badan Pencegah Raasuah (BPR) pada 1999.

"Saya lihat kes ini sengaja di ulang kitar, ulang tayang sekadar untuk menghidupkan isu.

"Saya tidak ada masalah untuk siasatan terbuka walaupun kes ini telah disiasat dan ditutup," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Sambil menafikan dakwaan berkenaan, Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran laporan berkenaan.

Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa beliau mengarahkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu dan syarikat.

Mengulas lanjut Anwar berkata berdasarkan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Salinan SD bertarikh 10 November 2009 itu turut diedarkan kepada media.

Menerusi SD itu, Abdul Razak menyatakan bahawa siasatan terhadap Anwar dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan