Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya Ditarik Balik Atas Persetujuan Bersama

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penarikan semula Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak dilakukan secara tergesa-gesa malah dilakukan atas persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), persidangan Dewan Rakyat diberitahu, Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengulangi penjelasannya bahawa kerajaan telah berbincang dengan Ketua Pembangkang dan SPR sebelum menarik semula Rang Undang-undang tersebut.

"Masa dibahaskan di Dewan Rakyat, kita buat tiga pindaan. Apabila dibahas di Dewan Negara, mereka berhasrat buat dua pindaan lagi. Maka semuanya lima pindaan. Kalau kelima-lima pindaan itu dibuat maka rang undang-undang itu sudah tidak bermakna.

"Kita sudah berunding dengan Ketua Pembangkang dan SPR untuk dapat persetujuan supaya rang undang-undang ini ditarik balik. Itu kehendak SPR. Kalau tak puas hati, halakan kepada SPR," katanya menjawab persoalan mengenai perkara itu yang ditimbulkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) sebelum Dewan Rakyat memulakan sesi soal-jawab.

Kulasegaran bangun meminta penjelasan sebab Rang Undang-undang itu ditarik balik selepas dibincangkan dalam tempoh yang lama pada persidanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lepas.

Selain itu, Nazri berkata Kabinet hanya bertanggungjawab memudahkan urusan pindaan Rang Undang-undang tersebut tetapi tidak terlibat dalam memindanya.

Rang Undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh Anggota Parlimen selama tujuh jam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan