Polis Nafi Penglibatan Hospital Di Malaysia Dalam Kegiatan Jual Organ

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menafikan penglibatan hospital di negara ini yang didakwa terbabit dalam kegiatan penjualan organ manusia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan dakwaan bahawa ada aktiviti penjualan organ yang dilakukan di hospital di negara ini.

"Siasatan polis dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Polis Antarabangsa (Interpol) mendapati tidak wujud mana-mana hospital di Malaysia yang terlibat dengan pemindahan dan penjualan organ, kita minta sekiranya orang awam mempunyai berita atau maklumat sila laporkan kepada polis untuk kita siasat.

"Bukan mudah untuk menjalankan aktiviti ini kerana ia melibatkan banyak proses dan polis sentiasa melakukan pemantauan dan risikan bagi mencegah jenayah ini," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Sebelum ini, media melaporkan pada 21 September tahun lepas polis Bangladesh melancarkan operasi menumpaskan perdagangan ginjal haram di beberapa negara Asia Tenggara, selepas tertangkapnya lapan suspek yang terlibat mempengaruhi mangsa- mangsa yang buta huruf.

Hasil siasatan mendapati lapan suspek yang terlibat ditahan di hospital di negara itu yang mempunyai cawangan di India, Malaysia dan Indonesia.

Mozammel Haque, Superintenden Polis Joypurhat dipetik memberitahu setiap mangsa dibayar antara US$2,000 (RM6,000) dan US$3,000 (RM9,000) untuk setiap ginjal, tetapi tidak pasti berhubung berapa harga organ itu di pasaran gelap.

Bakri berkata dakwaan media pada Mac 2012 yang melaporkan dua lelaki Bangladesh yang menjadi mangsa penjualan organ buah pinggang di Malaysia untuk membayar hutang juga tidak benar.

"Siasatan kita mendapati laporan itu tidak benar, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa berkenaan yang kononnya dieksploitasi oleh sindiket penjualan organ," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Dr Hasan berkata pihaknya memandang serius perkara ini dan tiada sebarang tolak ansur jika benar wujud aktiviti penjualan organ oleh pihak hospital.

"Kita akan terus membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik profesionalisme pengamal perubatan serta mencemarkan imej negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan