PM Hadir Majlis Doa Selamat Ulang Tahun Bondanya Tun Rahah

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah yang ke-79 di Masjid Ar-Rahah, Bukit Kerinchi di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Rahah, serta adik beradik Najib iaitu Datuk Seri Nazir yang merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB dan Datuk Mohamed Nazim serta anggota keluarga terdekat.

Beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, turut hadir.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti doa selamat, bacaan Yasin dan tahlil sebelum diteruskan dengan solat Isyak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan