PDRM Guna SOP Tangani Bersih 3.0 - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi mengawal keadaan semasa kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PDRM bertindak mengikut SOP bagi memastikan keadaan terkawal dari menjadi ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pada masa yang sama polis perlu bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal.

"Walaubagaimanapun KDN memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan.

"Dua anggota polis telahpun didakwa di Mahkamah. Selain itu. perkara ini akan disiasat dengan lebih teliti melalui penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Bebas yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin mengetahui SOP terperinci kepada anggota polis yang bertugas untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan selamat dan aman.

Selain itu menerusi jawapan bertulis berasingan, Po Kuan juga ingin mengetahui jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Secara keseluruhannya sebanyak 907 butir 'tear gas' telah digunakan ketika perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Ini termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'," kata Hishammuddin menjawab soalan tersebut.

Tambah Hishammuddin, kerajaan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat penganjuran perhimpunan haram tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan