Majlis Peguam Diingat Jaga Sensitiviti Umat Islam

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agar menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan tidak mencampuri urusan agama Islam.

Beliau berkata, seluruh rakyat negara ini memahami bahawa hal berkaitan Islam tidak boleh dicampuri oleh mereka yang bukan Islam.

Katanya, ia menjadi tanda tanya apabila Lim tidak memahami berhubung perkara tersebut.

"Hal yang berkaitan dengan Islam menjadi terlalu sensitif sekiranya dicampuri oleh mereka yang bukan Islam dan ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Cuma saya tidak faham ada orang yang memahami peraturan ini yang cuba nak campur hal institusi mufti dan juga agama Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lim melalui laman web badan berkenaan yang didakwa mempersoalkan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman 2008) sebagai tidak berperlembagaan kerana tidak membenarkan fatwa oleh mufti dicabar di mahkamah.

Sementara itu, Jamil memberi peringatan kepada rakyat negara ini agar tidak mengulangi perbuatan berhimpun di Masjid Nabawi, di Madinah dan Masjidil Haram, di Mekah pada 26 April lepas.

Beliau berkata, pesanan itu disampaikan melalui Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia berikutan kekhuatiran mereka terhadap tahap keselamatan di dua lokasi ibadat terbabit.

Katanya, perbuatan berhimpun di dua lokasi ibadat itu dibimbangi boleh menjadi satu bentuk provokasi kepada masyarakat Arab selain boleh menyebabkan kekecohan merebak.

Dalam perkembangan sama, katanya, keputusan bagi kuota jemaah haji Malaysia hanya akan diketahui menerusi surat kebenaran yang akan dihantar oleh kerajaan Arab Saudi pada bulan Ramadan ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Ahad berkata, hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan haram tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan