Kerajaan Nafi Penyenaraian FGVH Ancam Tanah Rizab Melayu

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan tidak melindungi Tanah Rizab Melayu (TRM) berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jelas beliau dakwaan kononnya penyenaraian itu juga akan menjejaskan pegangan tanah berstatus TRM kerana ia kini dimilik oleh syarikat yang tidak dikuasai bumiputera adalah tidak berasas kerana tanah-tanah itu hanya disewakan untuk tempoh jangka panjang.

Malah Ahmad turut membidas pembangkang kerana cuba mengelirukan rakyat mengenai jumlah sebenar tanah yang dipajakkan kepada FGVH.

"Bunyi macam hebat sangat, angka-angka yang dikeluarkan macam betul saja apa yang disebutkan itu.

"Saya tak tahu mana satu yang dibaca iaitu kononya 139,000 hektar (dipajak kepada FGVH). Salah baca tu...tanah yang disewa jangka panjang itu bukan 139,000 hektar tapi 355,000 hektar atau 880,000 ekar. Lain kali baca betul-betul," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin mengetahui langkah kerajaan melindungi tanah milik warga Felda berstatus TRM selepas penyenaraian FGVH.

Mengulas lanjut Ahmad memberi jaminan bahawa tindakan memajak tanah berstatus TRM seluas 34,968 hektar kepada FGVH adalah selamat selepas menerima pandangan dari sudut perundangan.

"Apa yang disebut tanah rizab Melayu seluas 34,968 hektar itu, bukan kita buat secara semberono.

"Kita rujuk kepada peguam...satu perkara cukup penting kenapa penyenaraian ini gagal pada 2003, 2004 ialah kerana pada ketika itu kita tak jumpa formula yang disebut sebagai 'sewa jangka panjang'.

"Tanah-tanah itu tak hilang. Tapi kita sewa...sewa jangka panjang. Oleh itu kerisauan yang dibangkitkan itu adalah tidak berasas," katanya.

Malah tegas beliau lagi dakwaan kononya tanah Felda berstastus 'tanah sedia ada tambahan' yang tidak bergeran bagi kegiatan sosial masyarakat seperti sekolah, padang, kedai serta surau bakal menghadapi risiko kehilangan hak milik adalah tidak benar.

"Tanah-tanah yang digazetkan untuk kemudahan awam kita jamin tidak akan sentuh apa-apa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan