Isu PTPTN Di Unisel Sudah Selesai, Pinjaman RM3 Juta Setiap Pengambilan - Ismail

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said pada Isnin berkata isu penyaluran pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Ismail berkata, isu tersebut telahpun selesai selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersetuju meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar-pelajar di dua buah universiti di bawah teraju kerajaan negeri Selangor itu berkuat kuasa serta-merta.

"Keputusan untuk menarik balik pembekuan tersebut bukan dibuat dengan emosi tetapi kita lakukan selepas meneliti rayuan pihak universiti.

"Kita juga mengambil kira rintahan ibu bapa para pelajar yang menghubungi kita supaya menarik balik sekatan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurut beliau, pembatalan pembekuan itu turut dilakukan selepas Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan pinjaman PTPTN amat diperlukan oleh para pelajarnya dalam meneruskan pengajian.

Jelas Ismail, PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di Unisel untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.

"Ini bermakna sehingga tamat pengajian, PTPTN memberikan pinjaman sebanyak RM240 juta kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah kerajaan negeri sanggup membiayai sejumlah wang yang besar secara percuma?," katanya lagi.

Ismail turut membidas kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang mendakwa keputusan pembatalan pembekuan pinjaman PTPTN dibuat dengan emosi dan kurang bijak.

"Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Saya percaya pihak pengurusan universiti telah menghubungi Menteri Besar memaklumkan mengenai rayuan yang dikemukakan kepada Menteri Pengajian Tinggi.

"Saya tidak akan bertindak sesuka hati. Saya hanya menurut perintah. Apa jua dasar yang diputuskan menteri perlulah dilaksanakan," katanya.

Pada Rabu lalu, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN telah membekukan pinjaman kepada pelajar baru Unisel bagi menentukan keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.

Keputusan pembekuan itu turut dibuat ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman mereka.

Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu disahkan oleh Ismail pada Jumaat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan