Akademi Undang-Undang Bukan Saingi Majlis Peguam - Berita Semasa | mStar

Akademi Undang-Undang Bukan Saingi Majlis Peguam

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang bukan bertujuan menandingi Majlis Peguam sebaliknya menjadi pelengkap di samping memperkembangkan sistem perundangan negara, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, cadangan penubuhan akademi tersebut adalah bagi mewakili anggota profesion perundangan secara menyeluruh melibatkan pelbagai golongan seperti anggota badan kehakiman, ahli akademik, pengamal undang-undang di Jabatan Peguam Negara, bekas hakim dan sebagainya.

"Penubuhan dan fungsi Majlis Peguam adalah mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan kerajaan tidak berhasrat memansuhkannya atau meminda mana-mana peruntukan di dalamnya. Majlis Peguam masih boleh berfungsi seperti yang ada sekarang," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong).

Ooi dalam ucapannya berkata, cadangan kerajaan menubuhkan satu alternatif bagi menandingi dan menyaingi Majlis Peguam adalah satu langkah yang bahaya kerana ini akan melibatkan konflik antara kuasa eksekutif dan legislatif.

Liew berkata, cadangan penubuhan yang akan dilaksanakan melalui Rang Undang-undang Akademi Undang-undang Malaysia itu bukan satu tindak balas terhadap Majlis Peguam memandangkan ia telah dipersetujuan lebih 10 tahun dahulu.

Sidang Dewan disambung esok. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan