RM180 Juta Untuk Peniaga India - PM

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan menyediakan RM180 juta di dalam pelbagai bentuk pinjaman bagi ahli perniagaan India tempatan.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata RM150 juta diperuntukkan kepada 13 bank yang mengambil bahagian di mana setiap bank akan menerima RM10 juta bagi Dana Pembiayaan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2012, RM10 juta bagi pinjaman mudah EKS dari Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), RM5 juta di bawah Program Mempercepatkan Perniagaan dan RM5 juta lagi di bawah Program Memperkayakan dan Penambahbaikan bagi permulaan perniagaan dan makroenterpris.

Najib berkata RM30 juta lagi diperuntukkan oleh Tekun bagi menyediakan pinjaman mikro kredit kepada usahawan muda India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI).

"Melalui dana khusus RM180 juta untuk komuniti India itu, kerajaan akan menguruskan untuk membantu lebih ramai usahawan India mendapatkan pinjaman bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing."

"Di dalam memorandum pelan terperinci Persidangan Ekonomi India Malaysia (MIEC) yang dibincangkan bersama-sama saya baru-baru ini, tiga isu utama ditonjolkan yang dirasakan oleh perniagaan India yang menghalang mereka daripada menzahirkan potensi sepenuhnya masing-masing.

"Yang pertama ialah isu warisan sejarah kredit negatif yang termasuk masalah muflis dan penyenaraian hitam."

"Yang kedua melibatkan pelbagai cabaran penyediaan kredit yang mencukupi dan kena pada masanya dan yang ketiga ialah untuk membolehkan perniagaan India mendapat kontrak dari kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya pada majlis makan malam bersempena MIEC di sini, Sabtu.

Najib berkata kerajaan komited membantu usahawan India meningkat lebih tinggi dan kerajaan akan memberikan keutamaan kepada komuniti India di segi peluang perniagaan.

Katanya kerajaan akan mendaftar masyarakat India yang disenarai hitam atau muflis dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan penyelesaian yang bertanggung jawab untuk menangani masalah mereka.

Inisiatif seterusnya ialah kerajaan akan memastikan kemahiran lebih banyak syarikat India dipertingkatkan dan mempunyai kelayakan yang secukupnya bagi membida kontrak yang ditawarkan oleh kerajaan dan GLC serta memastikan bilangan kontraktor berpatutan mengambil bahagian dalam bidaan kontrak berkenaan.

Kerajaan, katanya, melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan bergandingan dengan MIEC bagi menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat terhadap mereka yang disenarai hitam atau muflis dan sesiapa yang mahukan peluang kedua mencapai matlamat masing-masing.

"Perkongsian kerajaan-komuniti ini akan menganjurkan majlis penerangan bergerak seperti pelaksanaan inisiatif dokumentasi."

"Matlamatnya ialah untuk mengumpul maklum balas berasaskan fakta yang tepat dari masyarakat India yang disenarai hitam di pelabgai lokasi di seluruh Malaysia."

"Sebaik kita dapat kesemua fakta itu, kita akan mewujudkan parameter masalah senarai hitan dan muflis itu dan dari situ kita akan wujudkan langkah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh komuniti itu."

"Dalam hubungan ini, kita akan juga berbincang dengan bak-bank komersil secara serius agar mereka juga boleh menyumbang untuk membantu mereka yang terlibat membersihkan sejarah kredit yang negatif bagi membolehkan mereka meneruskan dengan kehudupan masing-masing," katanya.

Katanya beliau juga gembira bahawa kerajaan telah melaksanakan proses itu di mana kira-kira 100 orang sudah dikenal pasti oleh MIEC dan kini membantu membersihkan nama mereka.

Bagi menangani kekurangan kesedaran di kalangan komuniti perniagaan India mengenai apa yang perlu dilakukan sebelum memohon pinjaman dan geran, Najib berkata kerajaan telah membiayai MIEC untuk mewujudkan satu sekretariat tetap bagi menasihati dan membantu ahli perniagaan lelaki dan wanita India di dalam mengemukakan cadangan yang lengkap dan kredibel kepada bank dan institusi kewangan yang lain.

Katanya sekretariat itu boleh bergandingan dengan Pusat Khidmat Nasihat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi menyediakan khidmat nasihat perniagaan, panduan dan kaunseling.

"Campur tangan kita tidak terhenti di situ sahaja di mana enam bulan dari sekarang, saya mahu laporan penuh dari sekretariat MIEC memperincikan bilangan permohonan lengkah yang dikemukakan kepada bank dan agensi-agensi dan bilangan yang berjaya diproses dan diluluskan.

"Berdasarkan maklumat ini, kerajaan akan mengambil tindakan lanjut memastikan kemudahan kredit disediakan kepada kesemua rakyat Malaysia yang layak dan yang telah memenuhi kesemua kriteria matlamat yang digariskan oleh bank dan agensi kewangan yang lain," kata Perdana Menteri.

Najib berkata sekretariat MIEC akan turut memainkan peranan membantu bilangan kontraktor India yang mencukupi untuk diperingkatkan kemahiran dan memenuhi standard kemasukan yang ditetapkan kerajaan bagi mereka mendapatkan kontrak yang ditawarkan oleh kerajaan dan GLC.

"Berkaitan GLC, saya faham bahawa Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd akan bekerjasama dengan sekretariat MIEC dan mulai mengambil langkah proaktif memastikan lebih banyak syarikat India mengambil bahagian dalam program pembangunan vendor GLC," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan