Manifesto Khas BN Untuk Kedah PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

"Kita akan bincang dengan (BN) pusat. Ia merupakan janji-janji kita jika menang di Kedah ini. Ia bukanlah janji kosong tetapi janji-janji yang memang kita sentiasa tunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini Sabtu malam.

Beliau berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Jumaat lepas adalah bagi membolehkan rakyat Kedah melihat sendiri janji-janji BN yang ditunaikan.

Sementara itu, Ahmad Bashah meminta pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN supaya tidak terlalu memikirkan peristiwa hitam PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan penguasaan ke atas Kedah.

"Di Kedah ini, kita sebenarnya mempunyai rekod yang hebat..kita menang 11 pilihan raya, cuma 2008 sebab ada tsunami kita kalah. Jangan jadikan (PRU) yang ke-12 halangan untuk kita bergerak. Jangan fikir siapa yang tidak sokong kita dulu akan kekal tak sokong kita.

"Cuba lihat balik pada PRU-9, PRU-10 dan PRU-11 di mana kita ada kekuatan dan menang. Anggota Umno juga perlu kembali bekerjasama dengan parti komponen. Biarlah tsunami politik 2008 jadi sejarah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bashah meminta persiapan jentera pilihan raya di semua 672 pati-peti undi dipergiatkan termasuk mengadakan lebih banyak kursus berkaitan pilihan raya kepada para petugas.

"Kursus ini perlu kerana ada banyak benda-benda baru pada PRU-13. Para petugas perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan pilihan raya nanti," katanya.

Katanya beliau berharap kursus-kursus itu dapat diselesaikan dalam bulan Jun ini juga memandangkan PRU-13 boleh diadakan bila-bila masa. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan