Kehadiran Pihak Berkuasa Di Sekolah Akan Bertambah - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

"Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini," katanya pada Ahad.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan majlis Himpunan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang, di sini.

Mengenai kes penculikan di pusat membeli-belah, Hishammuddin berkata, beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan termasuk kementerian lain mengenai langkah mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup di kompleks membeli-belah.

Beliau juga sedia berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai permohonan mereka untuk mendapatkan polis bantuan bagi mengurangkan kadar jenayah, memandangkan isu itu membabitkan perundangan, operasi dan pertindihan kuasa.

Hishammuddin turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada kementerian jika terdapat kawasan tertentu yang perlu dimasuk ke dalam senarai "hot spots" bagi kawasan jenayah supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kadar jenayah sebenarnya tidak bertambah, namun apa yang berlaku adalah terdapat kes-kes yang digembar-gembur sehingga menimbulkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat.

Merujuk kepada rakaman visual perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu, Hishammuddin berkata, video akan disiar kepada orang ramai selepas dibentangkan kepada Panel Penasihat Bebas mengenai perhimpunan itu kerana tidak mahu dianggap mendahului panel tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, panel itu juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih pengganti dua anggota panel yang menarik diri sebelum ini.

Dua anggota panel tersebut, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah pula menarik diri disebabkan beban tugas semasa.

Lebih 15,000 sukarelawan muda berkumpul di perhimpunan itu, yang ditafsir sebagai permulaan kepada gelombang kesukarelaan negara, yang memberi ruang kepada mereka untuk turut menyumbang bakti terhadap pembangunan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan