Halang Jenayah Tempat Letak Kereta

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis akan menjalinkan kerjasama rapat dengan pengendali pusat membeli-belah sambil memberi penerangan mengenai langkah keselamatan bagi membendung kes jenayah di premis berkenaan termasuk penculikan di tempat letak kereta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mendekati pihak pengurusan keselamatan pusat membeli-belah di kawasan masing-masing.

"Kakitangan keselamatan swasta yang dilantik oleh pusat membeli-belah juga perlu dilatih untuk bertindak secara berkesan dan ini hanya boleh dilakukan melalui latihan yang sesuai," katanya kepada The Star di sini.

Beliau berkata polis akan menganjurkan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan peribadi kerana menurutnya pengetahuan adalah kunci untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

Sementara itu Tun Hisan turut menasihati orang ramai agar melaporkan segera sebarang tindakan atau situasi yang mencurigakan.

"Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan aplikasi My Distress untuk mendapatkan bantuan polis jika mereka berada dalam situasi tersebut.

"Jika sesuatu yang aneh menghampiri anda, cuba untuk menuju ke kawasan yang mempunyai ramai orang serta elakkan konfrontasi.

"Jangan keluar bersendirian dan elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil," katanya sambil menggesa orang ramai, terutamanya wanita agar lebih berhati-hati.

Tambah beliau pusat membeli-belah harus mempamerkan nombor kecemasan mereka bagi memudahkan orang ramai menghubungi kakitangan keselamatan.

Tun Hisan berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai apa-apa jenayah yang berlaku di pusat membeli-belah boleh menghubungi 03-5514 5222 atau pergi ke balai polis yang berdekatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan