Geran Tanah Kepada 776 Peserta Felda Umas-Umas

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Sakaran memberi jaminan kerajaan akan menepati janji untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada 776 peneroka Felda Umas-Umas.

Nasir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Felda Wilayah Sabahat, berkata pada masa ini kerajaan dan FELDA masih dalam proses melaksanakan pemberian geran tanah itu.

"Kita (FELDA) dalam proses menyediakan perkara perlu sama ada yang berkaitan dengan Felda sendiri atau Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah bagi melaksanakan penyerahan geran kepada peneroka berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Usahawan dan Koperasi Peneroka Felda 2012, di sini, Ahad.

Sehubungan itu, Nasir menasihati peneroka Felda Umas-Umas supaya bersabar dan memberi ruang kepada FELDA dan pihak berkuasa berkaitan menguruskan perkara terbabit kerana pada akhirnya geran itu tetap menjadi hak mereka.

Peneroka tidak perlu mendengar khabar angin yang cuba disebar pihak tertentu berkaitan geran berkenaan kerana kerajaan tetap akan menunaikan janji, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Nasir menasihatkan usahawan dan warga FELDA supaya menjadi peneroka berpengetahuan tinggi dan berusaha mengoptimakan kemahiran selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Katanya, untuk terus maju dan berjaya, usahawan serta warga FELDA perlu menumpukan kepada enam perkara termasuk berpengetahuan luas dalam mengembangkan jaringan perniagaan, bekerjasama dengan pelbagai sektor dan sentiasa berdaya saing serta bersemangat gigih untuk bersaing di peringkat global.

Usahawan FELDA juga katanya, perlu memberi perhatian kepada aspek pengurusan sistematik dan amalan baik dalam menjalankan perniagaan, serta memanfaatkan sumber sedia ada serta merebut peluang memperluas perniagaan kepada skala lebih besar.

Pada majlis berkenaan, Udin Ambo dari Felda Umas 1 muncul juara dalam kategori usahawan mengalahkan lima finalis lain, manakala Koperasi Peneroka Felda Sahabat 5 Berhad pula muncul johan bagi kategori koperasi. Kedua-dua pemenang akan mewakili Felda Wilayah Sahabat ke peringkat nasional. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan