Fomca Cadang Premis Gagal Patuhi Kempen Tanpa Beg Plastik Didenda

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan denda atau hukuman ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi kempen hari tanpa beg plastik.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dalam usaha memastikan tidak ada mana-mana premis di negara ini yang mengambil ringan kempen tersebut sekaligus menghalang usaha kerajaan memelihara alam sekitar.

Bercakap kepada Bernama pada Ahad, beliau berkata, rundingan dengan pengusaha premis perniagaan serta orang ramai perlu diadakan terlebih dahulu sebelum denda yang sesuai diperkenalkan.

Muhammad Sha'ani menyifatkan kempen tersebut kurang berkesan kerana harga 20 sen dikenakan bagi setiap beg plastik tidak membebankan dan pengguna sanggup membayarnya.

Namun, katanya, pendidikan dan kempen kesedaran perlu diteruskan kerana sesuatu perubahan sosial yang hendak dilaksanakan sememangnya mengambil masa untuk berhasil.

"Teruskan kempen ini. Bila semua orang faham maka tidak akan timbul pertikaian," katanya.

Kempen hari tanpa beg plastik bermula secara rasmi pada 1 Januari tahun lepas dengan tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna di premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap hari Sabtu.

Pengguna yang masih mahukan beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada hari berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sha'ani mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menambah baik peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Beliau berkata, ia penting terutama dalam memastikan tidak ada notis atau sebarang pernyataan yang mengelirukan pengguna dibuat oleh mana-mana peniaga.

Sebagai contoh Muhammad Sha'ani menyebut notis 'deposit tidak dikembalikan' perlu dilarang digunakan kerana selain mengelirukan juga tidak adil kepada pengguna.

"Deposit tidak boleh diambil, apapun ia mesti dipulangkan. Kalau ada kos sampingan seperti bayaran pentadbiran, peniaga atau syarikat bolehlah tolak dan bakinya dipulangkan kepada pengguna," katanya.

Beliau mencadangkan notis seperti 'letak kereta di atas risiko anda sendiri' dikaji semula kerana ia seolah-olah menidakkan hak pengguna.

Katannya, pernyataan sedemikian mungkin menyebabkan peniaga atau pemilik premis boleh lepas tangan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kecurian kenderaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan