PTPTN Sahkan Batal Pembekuan Pinjaman Kepada Unisel, Kuis

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) memutuskan untuk menarik balik pembekuan penyaluran pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Perkara itu disahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi mStar Online, petang Jumaat.

Ia juga turut disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ya, memang benar pembekuan pinjaman PTPTN terhadap para pelajar Unisel dan Kuis telah dibatalkan. Saya telah menerima arahan daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi untuk meneruskan pemberian pinjaman," kata Ismail.

Ismail Mohamed berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima rayuan daripada pihak pengurusan Unisel dan Kuis supaya membatalkan pembekuan tersebut.

"Kita yakin kerajaan negeri Selangor tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar. Oleh itu, kita akan beri pinjaman kepada pelajar untuk meneruskan pengajian masing-masing," katanya.

Menurut Ismail, pihaknya turut menerima banyak panggilan daripada ibu bapa para pelajar di kedua-dua institusi pengajian tinggi itu supaya mempertimbangkan tindakan menyekat pemberian pinjaman PTPTN kepada anak mereka.

"Ada di antara mereka menyatakan hasrat untuk berhenti menghantar anak-anak ke Unisel dan Kuis jika pinjaman disekat.

"Pinjaman itu penting bagi mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menampung pembiayaan pendidikan anak-anak," katanya.

Ismail berkata, tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu turut dilakukan kerana tidak mahu para pelajar menjadi mangsa keadaan.

"Mereka (para pelajar) boleh terus buat permohonan pinjaman bermula hari ini (Jumaat) dan ia akan diproses serta merta," katanya.

Pada Rabu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan telah membekukan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel untuk melihat kemampuan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.

Bagaimanapun, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan pelajar baru bagi kemasukan April lalu.

Pembekuan pinjaman itu yang turut dikenakan terhadap pelajar Kuis memaksa rektornya, Profesor Datuk Dr Aziuddin Ahmad bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada pagi Jumaat untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

"Rektor Kuis telah bertemu saya dan saya telah memaklumkan rayuannya pada YB Menteri supaya PTPTN tak dibekukan bagi pelajarnya. Surat Kuis akan menyusul," kata Saifuddin menerusi laman Twitternya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan