Proses Meningkatkan Taraf Mahkamah Syariah Di Peringkat Akhir - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Proses meningkatkan taraf sistem perundangan syariah di negara ini, iaitu dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima peringkat, kini berada di tahap akhir dan akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata draf mengenai pindaan perundangan tersebut telahpun siap namun perlu dibentangkan kepada majlis agama negeri dan ketua agama Islam negeri, memandangkan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Sehingga kini, katanya draf itu telah dibentangkan kepada sebahagian besar majlis agama negeri serta ketua agama Islam negeri, kecuali bagi Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

"Kita bentang, terima apa saja teguran dan pandangan, kita balik betulkan balik dan tunjukkan balik.

"Kalau dah selesai persetujuan itu baru kita bawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja, sebab bila di peringkat negeri dah setuju apabila dibawa ke Majlis Raja-Raja kita harap di situ akan menjadi satu tempat untuk kita mendapat kuasa untuk dibawa ke Parlimen untuk diberi kelulusan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Jamil Khir berkata pindaan itu akan menjadikan mahkamah syariah mempunyai lima peringkat iaitu mahkamah rendah, mahkamah tengah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan majlis rayuan syariah berbanding tiga peringkat pada masa ini iaitu mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan syariah.

Terdahulu, Jamil Khir mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Beliau berkata program itu mampu menyusun atur gerakan massa ke arah memberi kefahaman kepada masyarakat Islam dalam menangani cabaran pada masa kini termasuk liberalisme, pluralisme dan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

"Kita amat mengharapkan kefahaman ini dapat kita lanjutkan kepada generasi kita yang berada bukan hanya dalam bandar bahkan di kampung-kampung lebih-lebih lagi kelompok anak-anak muda kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan