Perubahan Melalui Evolusi Bukannya Revolusi - PM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perubahan yang dilakukan melalui evolusi berbanding revolusi akan menyumbang kepada transformasi yang lebih positif untuk negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Malaysia berkembang menjadi sebuah negara berjaya sejak ia mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu.

"Malaysia berkembang daripada sebuah negara miskin dan kecil. Kita tidak yakin, tidak optimis dan tidak pasti sama ada boleh berjaya sebagai sebuah negara. Ramai meragui kita.

"Namun pada hari ini, tiada siapa boleh menafikan kejayaan Malaysia," katanya.

Dalam ucapannya pada majlis perasmian Perhimpunan Belia 4B Malaysia, beliau menjadikan Mesir sebagai contoh bagaimana perubahan revolusi tidak menjamin kestabilan kepada sebuah negara.

"Ketenteraman di sana masih belum pulih, ekonomi mereka hampir lumpuh, industri pelancongan terjejas dan kadar pengangguran semakin tinggi.

"Ini kerana mereka tidak boleh mengawal perubahan dengan keadaan teratur," katanya.

Najib memberitahu 12,000 belia yang hadir supaya tidak dipengaruhi oleh parti politik tertentu.

"Mereka mahu pilihan raya bebas dan adil. Kita juga inginkan perkara sama. Kita tidak mahu menang secara kotor. Kami mahu menang kerana mendapat sokongan rakyat.

"Perubahan tidak akan berlaku dengan mengadakan himpunan jalanan. Perubahan hanya akan berlaku jika pemimpin politik boleh membawa pembaharuan," katanya.

Najib turut menggesa golongan belia supaya membuat keputusan tepat ketika mengundi kerana jika tersilap langkah pada pilihan raya umum, tindakan itu akan membawa bencana kepada negara.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan