Pendaki Ekspedisi Gemilang Everest 2012 Kecewa Gagal Tamatkan Pendakian

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pendaki Gunung Everest bagi Ekspedisi Gemilang Everest 2012, Sabtu, melahirkan rasa kecewa dan hampa apabila gagal menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Ketika menceritakan pengalamannya, Azlan Jumaan, 38, yang menyertai projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 itu berkata ketika dalam perjalanan pendakian, anggota kumpulan dikhabarkan tentang penemuan berpuluh-puluh mayat daripada kalangan pendaki mahupun pemandu pendaki.

"Pendakian kami telah hampir ke kemuncak, iaitu kira-kira 300 meter sahaja lagi sampai kemuncak, tiba-tiba kami diarah turun.

"Kami dimaklumkan ada mayat di laluan pendakian itu telah bertahun-tahun di situ, tidak dibawa turun kerana faktor pembiayaan untuk membawa turun terlalu mahal," katanya kepada Bernama selepas diperkenalkan kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pada majlis pelancaran Ekspo Pertanian di sini, Sabtu.

Azlan, yang berasal dari Tawau, merupakan anak pertama dari Sabah yang diberi peluang menyertai ekspedisi itu daripada kesemua enam anggota lain dari Sarawak, Melaka, Kedah, Pahang dan Kelantan.

Beliau berkata ekspedisi yang bermula pada Mac lepas terpaksa dihentikan separuh jalan pada bulan lepas atas faktor keselamatan.

"Persiapan rapi dijalankan bersama dengan rakan-rakan lain dari Sarawak, Melaka, Kedah, Pahang dan Kelantan namun kejadian ini amat mengecewakan," katanya.

Azlan menyertai ekspedisi itu atas nama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan satu-satunya peserta ekspedisi yang berjaya sampai ke Balcony Self Cool di paras 8,550 meter, kira-kira 300 meter dari puncak Everest yang berada pada ketinggian 8,848 meter.

Projek Everest KBS yang dimulakan sejak 2008 lalu melalui beberapa fasa latihan pendakian sebelum memulakan perjalanan ke Everest untuk mencapai matlamat pada 24 Mac lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan