Pemuda PAS Sokong Cadangan BR1M Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang PAS pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan 'gula-gula' dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan.

"Kami tidak pernah memaksa rakyat untuk menderma, derma ini sesuatu yang digalakkan Islam. Malah bila menderma wujud 'rasa tanggungjawab' di kalangan rakyat terhadap lebuh raya itu.

"Dia (Ibrahim) kata tunggu kerajaan bina, tetapi sampai bila nak tunggu. Kerajaan banyak salurkan peruntukan kepada projek lain dulu," katanya.

Pada 28 Mei lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.8 bilion itu. Lebuh raya sepanjang 73km itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan