Lima Angkat Sumpah Anggota Dewan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang (tiga, kiri) beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara yang baru dilantik (dari kanan) Syed Shahir Syed Mohamud, Toh Puan Zaitun Mat Amin, Roslin Abdul Rahman, Lim Nget Yoon dan Dr Ariffin S. M Omar di Bangunan Parlimen, K.Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang (tiga, kiri) beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara yang baru dilantik (dari kanan) Syed Shahir Syed Mohamud, Toh Puan Zaitun Mat Amin, Roslin Abdul Rahman, Lim Nget Yoon dan Dr Ariffin S. M Omar di Bangunan Parlimen, K.Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA Pahang Datuk Lim Nget Yoon, 56, merupakan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen, Jumaat.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun.

Empat lagi yang dilantik ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Ketua Wanita Umno Bahagian Bentong Roslin Abdul Rahman, 52, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud, 60, dan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ariffin S.M. Omar, 62.

Pelantikan Dr Ariffin dan Syed Shahir diusulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei lepas.

Syed Shahir ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau dan rakan lain akan meneruskan usaha mengangkat isu berkaitan pekerja di negara ini.

Syed Shahir, berasal dari Raub, Pahang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dari University of Newcastle merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kelana Jaya dan dilantik berdasarkan pengalamannya yang menjadi aktivis dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak tahun 1977.

Zaitun pula berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai senator dan berjanji akan lebih aktif dalam menyuarakan pendapat wanita di Dewan Negara.

"Tugas sebagai Senator ini bukan satu tugas remeh kerana kita telah dipertanggungjawabkan untuk membela nasib rakyat...saya akan berusaha ke arah itu terutama dalam memastikan kepentingan kaum wanita di negara ini terpelihara," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Belia Wanita 2005.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Abu Zahar mengingatkan Anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan kerana ia amat penting untuk dipraktikkan demi kepentingan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan