Kerajaan Perlu Berhati-Hati Dalam Pemberian BR1M Kali Kedua - Mukhriz

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Kerajaan perlu berhati-hati dalam meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua kerana ada pihak tertentu telah menyalahtafsirkan dan memutarbelitkan pemberian bantuan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau bersetuju jika bantuan itu diteruskan untuk kali kedua, namun kerajaan perlu berhati-hati supaya pemberian itu tidak disalahertikan.

"Pandangan saya, saya rasa kalau ada keperluan (dengan memberi BR1M kali kedua) kita cuba usaha untuk memenuhi keperluan itu tetapi kita perlu berhati-hati kerana niat yang baik itu mudah disalah erti dan sudah tentu akan ada pihak lain yang akan menuduh macam-macam kononnya ini digunakan sebagai umpan untuk pilihan raya.

"Kita cuma melaksanakan saja. Niat itu tidak langsung mempunyai sebarang niat selain daripada meringankan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ekonomi Jerlun di di sini, Sabtu.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemberian BR1M itu bukanlah satu pembaziran kerana setiap orang yang menerima wang itu akan menggunakannya untuk membeli keperluan harian.

"Setiap kali mereka berbelanja, peniaga meraih keuntungan dan peniaga itu akan membayar cukai kepada kerajaan dan ia langsung tidak merugikan kerajaan kerana kitaran belanja itu akan dikenakan cukai jualan dan cukai pendapatan.

"Jadi duit itu akhirnya dikembalikan kepada kerajaan dan tujuannya adalah untuk merangsang ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata di kawasannya iaitu Parlimen Jerlun, lebih 250,000 isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 telah menerima BR1M dan itu menunjukkan dengan pendapatan sebanyak itu, agak sukar untuk menyara hidup. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan