Kerajaan Dalam Perancangan Laksana Sistem Khidmat Pembantu Rumah Tempatan - Maznah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil kira potensi dan keupayaan warga tempatan dalam perancangan untuk melaksanakan sistem khidmat pembantu rumah tempatan bagi mengurangkan pergantungan terhadap khidmat tenaga asing.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata perancangan itu akan melibatkan skop kerja, jenis latihan dan kebajikan pembantu rumah tempatan jika ia dilaksanakan.

"Kita akan lihat jenis kerja macam mana yang perlu dan boleh dilakukan oleh pembantu rumah tempatan selain adakah perlu melakukan sistem di mana pembantu rumah tempatan perlu tinggal bersama majikan atau tidak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Semai Kasih dan Pengiktirafan Usahawan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) di sini hari ini, Maznah berkata perancangan itu juga antara lain akan menjenamakan semula nama pembantu rumah yang dilihat kurang sesuai.

Pada 3 Jun lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam memaklumkan pasaran tempatan memerlukan 100,000 pembantu rumah dari Indonesia selepas pembekuan terhadap penghantaran pembantu rumah dari negara itu ditarik balik oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Sementera itu, Maznah berkata kerajaan juga mengiktiraf golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui peruntukan sebanyak RM22 juta geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGP-OKU) di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9).

"Semenjak 2007 hingga kini, hampir RM20 juta telah disalurkan kepada pemohon geran ini yang mana ia telah dimanfaatkan oleh 698 pemohon.

"SBGP-OKU juga telah memberi peluang pekerjaan kepada 1,524 OKU di mana antara syarat untuk memohon geran ini adalah perlu untuk pemohon mengaji rakan OKU selain operasi peniagaan atau perusahaan mestilah telah melebihi tiga bulan," katanya.

Maznah berkata memandangkan SBGP-OKU berjaya dalam membantu dan memberi peluang kepada golongan itu untuk mempunyai pendapatan sendiri hasil suntikan dana daripada kerajan maka adalah wajar untuk geran tersebut mendapat peruntukan secara berterusan.

"Projek SBGP-OKU akan diteruskan di bawah RMK-10 dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi setiap dua tahun yang akan diberikan oleh kerajaan semasa kementerian memperbaharui permohonan peruntukan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan