Kerajaan Akan Sentiasa Buat Perubahan Untuk Penuhi Aspirasi Golongan Muda - PM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan dari masa ke masa bagi memenuhi aspirasi dan tuntutan golongan muda di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seseorang anggota kerajaan ataupun ahli politik itu tidak boleh kaku dan beku dengan cara dia melaksanakan tugas, tetapi mesti berani membuat perubahan dan adaptasi kepada keadaan semasa.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau juga sedar bahawa golongan muda di negara mahukan supaya kerajaan menyediakan peluang-peluang untuk mereka berkembang dan membentuk masa depan yang lebih baik.

"Golongan muda ini mereka hendak supaya kerajaan negara ini dapat menyediakan peluang untuk mereka, dalam bidang pendidikan, kemahiran, keusahawanan, kreativiti dan sebagainya, supaya bila mereka dewasa nanti, hari esok adalah lebih baik dari hari ini," katanya pada majlis "Twitter Meet Up" sempena sesi 'TanyaNajib' di perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Najib hadir bersama anaknya Norashman Razak. Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Najib berkata, rakyat di Malaysia merupakan antara masyarakat dunia yang paling aktif dalam media social. Justeru, kerajaan mesti juga ikut rentak wahana golongan muda dengan menguna pakai media sosial untuk mendekati golongan ini.

Katanya, untuk memahami golongan muda dengan lebih baik, beliau juga mempelajari lingo golongan ini khasnya singkatan seperti 'lol' (laugh out loud), 'tgif' (thank god it's friday) , 'omg' (oh my god) dan 'fyi'(for your information).

"Yang penting, kita faham golongan muda dan kita tahu apa yang patut kita lakukan untuk mengisi aspirasi dan kehendak golongan muda di negara ini.

"Saya berharap golongan muda akan lihat bahawa BN ialah kerajaan untuk orang muda," katanya dan menambah bahawa beliau merasa bertuah kerana dapat bersemuka dengan golongan muda yang selama ini hanya berinteraksi dengannya menerusi laman twitter.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kepada beliau melalui akaun Twitternya.

Menjawab soalan mengenai program transformasi untuk golongan muda, Najib berkata kerajaan akan terus mewujudkan pergerakan sosial untuk golongan muda melalui pendidikan dan peluang untuk mereka berkecimpung dan cemerlang dalam kerjaya.

Mengenai idola beliau, Perdana Menteri memberitahu idola tersebut merupakan Allahyarham ayahnya, yang juga Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein kerana katanya, ayahnya telah mengorbankan segala-galanya termasuk nyawa beliau sendiri untuk negara.

Beliau juga ditanya mengenai negara yang bakal menjuarai Euro2010 yang mana beliau meramalkan Sepanyol sebagai juara. Najib juga berkongsi cara beliau kekal bertenaga dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Katanya, beliau mengekalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman di gim tiga hingga empat hari seminggu selama sejam setiap kali.

Terdahulu, beliau turut mengunjungi gerai dan menyertai beberapa permainan iaitu bola keraanjang dan bola sepak bersama pengunjung acara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan