Kejayaan PM Tawan Hati & Minda Rakyat Akan Bawa Kejayaan Kepada BN

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu yakin kepimpinan dinamik dan dasar afirmatif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menawan hati dan minda rakyat serta merintis jalan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya aliran baru politik yang diperkenalkan Najib melalui dasar transformasinya serta konsep 1Malaysia, yang mengajak rakyat supaya menerima kepelbagaian sebagai alat untuk meningkatkan perpaduan sesama mereka, membuktikan bahawa beliau (Najib) 'adalah pemimpin untuk semua masyarakat.'

Dalam temu bual dengan Bernama, pemimpin politik veteran kaum India Malaysia ini berkata melalui program mendampingi semua kelompok masyarakat serta pendirian sederhana atau 'wassatiyah' yang beliau anjurkan melalui dialog dan kehidupan bersama secara aman, Najib berjaya menawan hati dan minda ramai daripada mereka yang meninggalkan BN pada 2008.

Samy mendakwa kemampuan parti Pembangkang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008 sebenarnya bukan kerana mereka bijak, tetapi kerana "kami (BN) tidak menjaga rakyat dan mereka meninggalkan kami kerana marah".

Bagaimanapun, kata beliau, sebahagian besar kemarahan itu kini telah lenyap berikutan pelbagai dasar inklusif dan penerangan yang dilaksanakan Najib seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pemberian biasiswa kepada pelajar yang patut menerimanya, program tinjuan mesra untuk mendengar keluhan rakyat dan menggunakan media digital untuk mendampingi golongan muda.

"Keistimewaan Datuk Seri Najib ialah beliau bersedia mendengar pendapat rakyat, menganalisis (isu) dan menyelami perasaan rakyat kerana pemimpin yang baik perlu mendengar pendapat orang lain (juga).

"Banyak perkara yang telah beliau lakukan untuk menarik kembali sokongan kepada BN kerana beliau juga meluahkan segala apa yang terkandung dalam fikiran dan mindanya tentang apa yang beliau ingin lakukan untuk rakyat.

"Saya berada dalam politik selama lebih 30 tahun dan saya tahu apa yang difikirkan oleh masyarakat India sekarang. Sebelum ini, mereka tidak pernah melihat seorang pemimpin seperti ini yang begitu baik hati terhadap mereka. (Majoriti) masyarakat India kini sudah kembali ke pangkuan Barisan Nasional kerana keluh kesah mereka mendapat perhatian," kata Samy, yang menyandang jawatan menteri mulai 1979 hingga 2008.

Beliau berkata masyarakat India gembira kerana kini mereka mempunyai perdana menteri yang bersedia mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Samy berkata sebelum ini, agak ramai anggota masyarakat India yang menyertai demonstrasi Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tetapi jumlah mereka yang menyertai Bersih 3.0 amat sedikit dan ini menunjukkan bahawa kini mereka berasa "mereka mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar sungutan mereka."

"Apabila anda mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar, anda tak perlu turun ke jalan raya," katanya.

Samy berkata Najib dipandang lebih tinggi oleh masyarakat India, terutama yang beragama Hindu, selepas beliau mengunjungi Kuil Sri Subramaniya di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam.

"Perdana menteri sebelum ini yang pergi ke sana ialah Tun Hussein Onn. Selepas itu, tiada perdana menteri yang pergi ke sana, sehinggalah Datuk Seri Najib berbuat demikian. Beliau ke sana bukan untuk bersembahyang, tetapi untuk mengunjungi rakyat atas kedudukan beliau sebagai pemimpin mereka dan bapa kepada negara ini," katanya.

Samy berkata pendekatan Najib memberi kesan terhadap minda masyarakat India kerana "ia membuat mereka berasa dihargai, dan kami (pemimpin) mengambil peduli tentang mereka serta mengambil berat tentang mereka".

Hasil daripada set minda positif sedemikian yang menjadi amalan pentadbiran Najib, bukan saja terhadap masyarakat India, tetapi juga terhadap masyarakat lain seperti Melayu, Cina, Sikh, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kelabit dan Kadazan, maka kata Samy, "Najib akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang."

Samy, yang dilantik sebagai duta khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Januari 2011, berkata beliau gembira kerana berpeluang menggunakan pengalamannya selama hampir 30 tahun dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada syarikat Malaysia yang ingin meluaskan operasi masing-masing berkaitan projek infrasturuktur ke luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan