Cadangan Bina Puspakom Di Nibong Tebal Akan Diteliti - Kong

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Cadangan untuk membina Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal yang dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan akan diteliti dan diperhalusi dari aspek perkhidmatan yang diperlukan di kawasan itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementeriannya tiada masalah untuk melaksanakan cadangan itu namun perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dalam urusan mendapatkan tanah dan kelulusan pelan bangunan.

"Kami sedang kaji cadangan pembinaan itu, kerana perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dari segi kelulusan tanah, pusat itu berkemungkinan memerlukan tanah seluas 2 hektar.

"Cadangan itu lebih mudah untuk dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah (Pulau Pinang) kembali," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian topi keledar kepada penduduk kampung sempena program Jom Turun Padang di Kampung Changkat di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri kawasan Jawi Tan Cheng Liang.

Dalam program sehari itu yang bertujuan mendekatkan pemimpin dan rakyat di akar umbi, turut diadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pemeriksaan saman dan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mengenai program Jom Turun Padang, Kong berkata selain mendekati rakyat dan jentera di akar umbi, program itu juga bertujuan mengetahui masalah serta keperluan semasa rakyat di kawasan itu.

"Kita mahu rakyat tahu bahawa walaupun BN tidak dipilih pada pilihan raya umum yang lepas tetapi tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat tetap dilaksanakan, kita tidak mahu ada rakyat yang rasa terpinggir," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan