BN Sudah Tunaikan Semua Janji Dalam Belanjawan 2012 - PM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah menunaikan semua janji yang dibuat dalam Belanjawan 2012 bagi membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mengotakan janji yang dibuat.

Perdana Menteri berkata, BN yakin akan dapat membuat lebih banyak perubahan kepada negara ini dan kerana itu mereka memerlukan mandat yang lebih besar pada pilihan raya umum kelak.

"Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nakkan kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta ini," katanya ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini Jumaat.

Beliau berkata, tempoh tiga tahun sejak beliau menjadi Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada transformasi yang lebih besar yang akan dilakukan oleh BN terhadap negara dan rakyat ini.

"Kita akan bekerja lebih kuat. Di Kedah kita banyak idea, kita tidak lupakan Kedah walaupun Kedah kini dikuasai pembangkang. Orang Kedah sendiri mahukan banyak perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata, ikatan yang kuat antara kerajaan dan rakyat bukanlah kerana perasaan membuta tuli atau sikap taksub kepada pemimpin tetapi berdasarkan kepada kemampuan kerajaan untuk menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat.

Katanya, BN sebagai kerajaan bertanggungjawab telah berjanji untuk mengurangkan beban rakyat dan itulah yang ditunaikan kerajaan.

"Kita janji beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kita beri. Janji nak beri RM100 kepada pelajar sekolah kita beri. Begitu juga Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia. Bila banjir kita beri tilam, dapur.

"Prinsip BN kata dikota. Mereka (Pembangkang) kata diauta. Depa tak buat apa yang dijanjikan. Di Kedah, dalam pilihan raya umum dulu kalau menang 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' tetapi kini mana nikmatnya dan apa yang orang Kedah dapat.

"Depa janji tak dikota jadi auta. Bagi rakyat Kedah, jika mereka mahukan lebih banyak pembaharuan mereka perlu mulakan dengan politik pada pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau berkata, bagi BN masih banyak yang perlu dibuat dan rakyat diminta yakin dengan BN kerana BN adalah contoh terbaik kerajaan yang berjaya memajukan negara dan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan