Bekas PM Sambut Baik Cadangan BR1M Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambut baik cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata beliau percaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat memahami keperluan rakyat.

"Kalau kerajaan nak beri bantuan lagi (BR1M) dan ada kemampuan, ia sesuatu yang baik dan sememangnya untuk kepentingan rakyat terutama mereka yang kurang berkemampuan.

"Kerajaan sekarang memang sentiasa membantu rakyat dan percaya Perdana Menteri (Najib) tidak mahu rakyat hidup dalam kesusahan dan sentiasa berusaha membantu mereka," kata Abdullah kepada pemberita selepas merasmikan mesyurat Agung Tahunan Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang, di sini Sabtu.

Abdullah mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri dua hari lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehingga kini, dianggarkan seramai 4.78 juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M membabitkan jumlah peruntukan kerajaan sebanyak RM2.6 bilion.

Abdullah berkata rakyat harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada mereka kerana kerajaan tidak mahu rakyatnya hidup dalam kesusahan dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan