PTPTN Amal Tolak Ansur Kutip Bayaran Balik Pinjaman - Pengerusi PTPTN

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengamalkan sikap berunding dan bertolak ansur di dalam memungut kembali wang pinjaman itu.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Dakwa sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita terima.

"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus tidak menghubungi PTPTN setelah tamat pengajian walaupun berpuluh kali dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.

Mengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Jan lepas, katanya ia bertujuan menggalakkkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.

Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.

Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan