Polis Panggil Irene Fernandez

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa pekerja warga Indonesia dan Bangladesh dilayan buruk di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata keterangan Irene diperlukan ekoran kertas siasatan mengenai kes tersebut telah dibuka pada bulan lepas.

"Kita telah memanggil beliau untuk bantu siasatan kita. Itu sahaja yang saya boleh sahkan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas program mesra masyarakat "High Profile Policing Walkabout dan Meet and Greet" di Pusat Beli Belah Leisure Mall di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim serta Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh.

Sebelum ini, Irene dalam wawancara berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah.

Pada 13 Mei lepas pula, beliau sekali lagi membuat tuduhan kononnya rakyat Bangladesh di negara ini, mengalami nasib sama seperti pekerja migran Indonesia dalam wawancara dengan portal berita, The Malaysian Insider.

Dalam perkembangan lain, Amar mengesahkan lelaki yang ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar di tepi jalan raya di Taman Permata, Cheras bersama pistol jenis Taurus dan bom tangan pada minggu lepas, mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan rekod jenayah lelaki berumur 37 tahun itu.

Turut ditemui pada pistol tersebut ialah enam butir peluru manakala bom tangan itu ditemui tersorok 20 meter dari tempat suspek terbaring.

Sementara itu, Muhammad Fuad berkata program tersebut akan diteruskan setiap minggu bagi mengeratkan hubungan pasukan itu dengan masyarakat serta meningkatkan tahap keyakinan mereka terhadap keselamatan di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan