PM Sedia Pertimbangkan BR1M Pusingan Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.

"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.

Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.

Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.

"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan