Pastikan Setiap Perancangan Dan Pelaksanaan Program Kerajaan Beri Impak Baik - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Lembaga Peperiksaan, Zahari Hashim yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran 2011 di Putrajaya, Jumaat. Turut menyaksikan (dari kiri) Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Lembaga Peperiksaan, Zahari Hashim yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran 2011 di Putrajaya, Jumaat. Turut menyaksikan (dari kiri) Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan setiap perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti yang ingin dilakukan kementerian dan agensi kerajaan perlu diteliti sebaik mungkin.

Beliau berkata ini penting agar pelaksanaannya dapat memberi impak yang baik selain berjaya mengoptimumkan penggunaan semula sumber tanpa sebarang pembaziran.

"Selain itu, sewajarnya juga terpahat di hati sanubari kita bahawa setiap sen wang rakyat yang kita belanjakan seharusnya memberi pulangan yang berganda kepada mereka," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Kementerian Pelajaran di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sudah tiba masanya bagi anggota kementerian itu melaksanakan anjakan paradigma yang radikal supaya penyampaian perkhidmatan yang diberikan mempunyai hasil serta mampu memuaskan hati semua pelanggan dan pemegang amanah tanpa membelakangkan dasar dan prinsip-prinsip asas perkhidmatan.

Beliau berkata setiap kementerian dinilai daripada sudut kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kerana pelanggan pada ketika ini mahukan hasil yang boleh diterjemahkan serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

"Keadaan ini menuntut kepada keperluan untuk menghasilkan kerja yang lebih efektif, cepat dan tepat. Malah, ekspektasi pelanggan terhadap mutu perkhidmatan kini semakin tinggi terutamanya dalam menyaksikan masalah dan memenuhi keperluan mereka," katanya.

Menurutnya walaupun sistem penyampaian perkhidmatan ketika ini amat bergantung kepada faktor penggunaan ICT, namun kebergantungan sepenuhnya boleh menjadikan perkhidmatan itu lebih bersifat impersonal dan mekanistik.

Justeru katanya kerajaan berusaha untuk mengurangkan krisis komunikasi dengan membiasakan semula elemen sentuhan kemanusiaan bagi menangani dan menyelesaikan kes-kes tertentu.

Beliau mengambil contoh penggunaan jawapan automatik di dalam komunikasi secara e-mel kadangkala tidak memperlihatkan sensitiviti dan kemesraan kepada pelanggan bagi situasi yang memerlukan penjelasan lanjut.

"Oleh itu adalah wajar dalam keadaan tertentu pertanyaan pelanggan boleh dijawab dengan memberi penerangan yang lebih jelas serta meletakkan nilai insaniah dan empati yang secara tidak langsung dapat mengelakkan pelanggan keliru dan salah faham," tambah beliau.

Pada majlis itu seramai 448 warga kementerian itu daripada pelbagai jawatan menerima anugerah khidmat cemerlang. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan