MRT Corp Nafi Beli BB Plaza

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengesahkan bahawa ia sedang berunding dengan kerajaan untuk membina stesen bawah tanah yang disepadukan dengan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza).

Rancangan untuk menyepadukan stesen tersebut dengan BB Plaza akan memastikan projek tersebut tidak akan melibatkan hartanah persendirian dan pada masa yang sama menyediakan peluang keemasan untuk menonjolkan semula BB Plaza yang sudah berusia hampir 40 tahun.

Perbincangan antara pemilik hartanah dan peniaga di Jalan Bukit Bintang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan pada Mac, selepas perdana menteri membangkitkan kebimbangan berhubung cadangan penutupan perniagaan selama lima tahun di sana.

MRT Corp menimbang tiga penyelesaian alternatif tetapi memutuskan pilihan penyepaduan stesen.

"Ia penyelesaian terbaik kerana ia menyediakan peluang kepada UDA Holdings untuk membangunkan semula BB Plaza, dengan rangkaian hubungan terus ke prasarana pengangkutan awam utama.

"Hubungan prasarana ini akan membawa faedah besar kepada gedung membeli belah itu. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Kementerian Kewangan, sebagai pemilik UDA Holdings, untuk menghubungkan stesen itu ke BB Plaza.

"Perbincangan sedang diteruskan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Chief, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga menjelaskan tentang laporan bahawa MRT Corp akan membeli BB Plaza.

"Perlu diperjelaskan bahawa tidak pernah ada sebarang rancangan untuk membeli BB Plaza. Tumpuan utama kami ketika ini adalah membina laluan MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK).

"Kami tidak mahu terganggu oleh pembangunan hartanah pada tahap ini. Semua perbincangan kami dengan Kementerian Kewangan sentiasa untuk mencari penyelesaian bagi menangani kebimbangan perdana menteri," katanya.

Azhar berkata pembinaan Stesen Bukit Bintang menyediakan beberapa peluang keemasan.

Antaranya adalah untuk UDA Holdings membangunkan semula BB Plaza bagi memastikan ia seiring dengan zaman.

"Jalan Bukit Bintang telah menyaksikan pembangunan semula yang pesat sejak beberapa tahun lepas, dan ini jelas menambahkan daya tarikan KL kepada pengunjung tempatan dan pelancong. BB Plaza boleh menjadi sebahagian daripada Bukit Bintang 'baharu' ini. BB Plaza yang dibina pada era 1970-an berpotensi menjadi ikon kawasan itu," katanya.

Peluang kedua tertumpu kepada meningkatkan agenda Bumiputera, bukan semata-mata menggunakan sewa murah sebagai cara untuk memberi insentif dan menggalakkan penyertaan mereka dalam perdagangan.

"Bumiputera kini boleh beralih menjadi usahawan. Sudah tentu satu bahagian bagi peniaga kecil boleh dibina di gedung yang dibangunkan semula itu, tetapi mereka juga perlu diberi peluang untuk menggerakkan rantaian nilai.

"Ini meningkatkan peranan mereka, dan menambah nilai, jadi MRT Corp tidak melihat sebarang sebarang alasan mengapa peranan UDA dalam menggalakkan penyertaan aktif Bumiputera dalam runcitan di kawasan bandar perlu dikompromikan dengan pembangunan semula. Malahan, ia boleh diperkukuhkan," katanya.

Beliau menegaskan yang MRT Corp bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat untuk membangunkan semula dengan kreatif Bukit Bintang, bagi memastikan terdapat situasi sama-sama menang bagi semua pihak.

Beliau berkata selain daripada hartanah perumahan, hubungan ke gedung membeli belah dan kemudahan awam adalah kunci untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang boleh mengelakkan kesesakan trafik serta menyediakan alternatif terjamin kepada pengguna.

Apabila siap kelak pada 2017, tren empat gerabak MRT itu berupaya membawa 25,000 penumpang setiap sejam bagi setiap arah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan