Unisel Guna Aset Hartanah Bantu Pelajar - MB

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Selangor (Unisel) akan menggunakan aset hartanah bernilai RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation.

"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

PTPTN dilaporkan telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Mengulas lanjut Abdul Khalid bagaimanapun berkata, langkah berkenaan merupakan tindakan jangka pendek sebelum Unisel memperincikan bantuan lain kepada pelajar pusat pendidikan tinggi itu.

"Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan