Tubuhkan Kesatuan Sekerja Am - MTUC

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Divisyen Sarawak) gembira dengan sokongan padu kebelakangan ini, termasuk daripada beberapa menteri dan majikan, untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja Am bagi melindungi hak pekerja am.

Setiausaha MTUC Divisyen Sarawak, Andrew Low berkata malangnya Akta Kesatuan Sekerja tidak membenarkan penubuhan kesatuan sekerja am untuk pekerja dan keanggotaan dalam mana-mana kesatuan sekerja hanya terhad kepada mereka yang menjadi pekerja dalam industri, pertubuhan, perdagangan dan pekerjaan tertentu.

Beliau berkata kesatuan sekerja dapat meningkatkan status ekonomi anggotanya, menambahbaik keadaan bekerja, meningkatkan produktiviti mereka dan nilai kerja dan menyediakan perlindungan terhadap diskriminasi dan layanan tidak adil.

"Seorang pekerja bank hanya boleh menjadi anggota Kesatuan Perbankan...dia tidak boleh menjadi anggota kesatuan syarikat penerbangan atau kesatuan guru manakala pekerja hotel, pekerja industri balak atau buruh tidak boleh menjadi anggota kesatuan yang sama," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Andrew berkata data menunjukkan hanya 3.74 peratus pekerja sektor swasta menjadi anggota kesatuan dan hanya 2.11 peratus diliputi Perjanjian Bersama.

"Ini bermakna kebanyakan kesatuan mempunyai kurang daripada 500 anggota dan beberapa kesatuan mempunyai kurang daripada 50 anggota," katanya.

Katanya kesatuan di Sarawak hanya mempunyai 12 anggota.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan