Padang PKNS: Penglibatan Lembaga Rayuan Dipertikai - Berita Semasa | mStar

Padang PKNS: Penglibatan Lembaga Rayuan Dipertikai

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membabitkan Lembaga Rayuan Selangor dalam isu pembangunan Padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu.

Pengerusinya, Datuk Zul Mukshar Md Shaari berkata, sudah termaktub padang itu merupakan kawasan hijau (tanah lapang rekreasi) yang diwarta mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, justeru tidak boleh dibangun kecuali untuk rancangan tempatan.

"Jadi di sini kita mempersoalkan dan minta penjelasan apa tujuannya mahu membincangkan status padang itu di Lembaga Rayuan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, yang dilapor berkata badan bebas itu akan membuat pendengaran sebelum membuat keputusan mengenai isu terbabit.

Zul Mukshar sebelum itu menyerahkan memorandum kepada Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zainun Zakaria bagi pihak Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berhubung isu dakwaan pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.

Antara lain, memorandum itu meminta MBPJ membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika terdapat pemalsuan atau penyelewengan dokumen.

Selain itu, memorandum tersebut juga meminta proses penyediaan rancangan khas kawasan dihentikan dengan segera dan kompleks awam dan hijau tidak disalahguna.

Isu padang di Kelana Jaya itu itu mencetus kekecohan dalam kalangan penduduk dan pihak lain yang berkepentingan baru-baru ini, berikutan dua status bercanggah padang tersebut iaitu pembangunan komersial bagi MBPJ namun kawasan rekreasi untuk Pejabat Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (STPCD). BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan