KSU Perbendaharaan Dilantik Pengerusi MAHB

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, telah dilantik sebagai pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat-syarikat subsidiarinya, berkuatkuasa Khamis.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata Dr Wan Abdul Aziz mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewangan, perbankan dan ekonomi serta pernah menjawat beberapa jawatan tertinggi di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kumpulan Bank Dunia di Amerika Syarikat.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dari Universiti Malaya, sarjana Falsafah (Pengajian Pembangunan) dari Universiti of Sussex, UK dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari University of Leeds, UK.

Pada masa ini, Dr Wan Abdul Aziz turut memegang jawatan pengarah di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), MISC Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bintulu Port Holdings Bhd, Malaysia Airlines System Bhd (MAS), Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Bank Negara Malaysia (BNM), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah eksekutif Kumpulan Bank Pembangunan Islam di Jeddah.

Beliau menggantikan Tan Sri Datuk Dr Aris Othman, yang tamat kontraknya sebagai pengerusi MAHB semalam.

MAHB menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia, lima antarabangsa, 16 domestik dan 18 lapangan terbang kecil.

Ia juga mempunyai operasi di India, Turki dan Maldives. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan