Kedutaan Pantau Kebajikan Pembantu Rumah Kemboja

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Kemboja akan sentiasa memantau kebajikan pembantu rumah dari negara itu yang berkhidmat di Malaysia, sehingga mereka pulang ke negara asal apabila kontrak bekerja telah tamat.

Bagi tujuan itu, kedutaan tersebut telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) sejak April lepas, untuk memastikan pembantu rumah Kemboja mempunyai kontrak penggajian yang sah, insurans kemalangan dan perubatan serta akaun bank di atas nama masing-masing.

"Langkah ini diambil bagi memastikan perlindungan mereka sebagai pekerja domestik sentiasa diberi perhatian, sesuai dengan kehendak 'employment contract' yang dipersetujui antara majikan dan pembantu rumah," kata Presiden Pikap, Datuk Raja Zulkepley Dahalan dalam satu kenyataan, di sini Khamis.

Sementara itu, Raja Zulkepley dan Pengerusi Persatuan Agensi-agensi Pekerjaan Kemboja (ACRA) Dr An Bunhak dalam kenyataan bersama di sini, menasihati majikan Malaysia agar melayan pembantu rumah Kemboja mereka dengan baik serta tidak mendera mereka.

Ini kerana pembantu rumah terbabit datang dari luar bandar dan tidak berpendidikan, justeru mungkin menyebabkan masalah dalam komunikasi antara majikan dan pekerja, kata kenyataan itu.

"Sehubungan itu majikan harus lebih bersabar dan cuba memahami ketika berinteraksi dengan mereka. Kes penderaan yang dilapor media baru-baru ini menimbulkan kebimbangan kami," kata kenyataan tersebut.

Kedua-dua persatuan juga menasihati majikan yang menghadapi masalah dengan pembantu rumah masing-masing agar mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Kemboja, ACRA, Pikap atau agensi yang membawa masuk amah terbabit.

Persatuan berkenaan juga merayu pihak berkuasa agar mengenakan tindakan lebih keras dan pantas terhadap majikan yang didapati mendera pembantu rumah mereka.

Raja Zulkepley berharap kerajaan Kemboja akan menarik balik larangan secepat mungkin menerusi kerjasama kedua-dua persatuan dan kedutaan.

Pada masa ini terdapat kira-kiar 30,000 pembantu rumah Kemboja bekerja di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan