Kadir Sheikh Fadzir Tubuh Ikatan, Tidak Bertanding PRU13

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada Khamis, menubuhkan sebuah parti politk baru dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Katanya, parti baru ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada mewujudkan perpaduan rakyat Malaysia berpaksikan amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan negara.

"Kita hanya sambung usaha pemimpin-pemimpin Umno terdahulu seperti Bapa Kemerdekaan Malaysia yang amat pentingkan perpaduan.

"Sekarang saya tengok perpaduan sudah jadi benda kecil dengan timbulnya banyak isu perkauman dan keagamaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Parti Ikatan yang diadakan di hotel Palace of The Golden Horses, dekat sini, Khamis.

Hadir sama tiga timbalan presiden parti, Datuk Seri Bujang Ulis, Ong Hock Siew dan Ragunath Kesavan serta setiausaha agung Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut.

Abdul Kadir selaku protem presiden parti ini juga menegaskan Ikatan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Jelasnya, buat masa ini jawatan dan pangkat bukanlah agenda utama penubuhan parti itu.

"Masih terlalu awal untuk cakap fasal bertanding. Kita beri tumpuan kepada perpaduan dulu, bawa balik rakyat Malaysia ke pangkal jalan supaya mereka bersatu dalam sebuah negara," tegasnya.

Walau bagaimanapun beliau berkata, Ikatan akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah beliau turut meletakkan keyakinan menjadi parti terbesar dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Saya menyasarkan keahlian sebanyak 500,000 hingga satu juta dalam tempoh setahun.

"Saya yakin parti ini akan menjadi parti terbesar di negara ini, bukan sekarang tetapi selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Ikatan, Abdul Kadir berkata pihaknya telah menghantar borang kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun lalu.

Katanya, tidak ada sebab pendaftar menolak penubuhan parti politik yang baru didaftarkan itu kerana permohonan dibuat mengikut syarat.

"Saya harap parti kita dapat didaftar dalam masa terdekat...kita sudah patuh seratus- peratus syarat.

"Kenapa nak lambat-lambatkan, tujuan kita baik nak menyambung amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman, bukan nak ikut pemerintahan komunis," katanya.

Jelas beliau, walaupun mereka yang mendaftar sebagai ahli masih kurang dan berstatus belum sah sepenuhnya, namun status mereka yang merancang menjadi ahli terdiri daripada mereka yang dikenali.

"Banyak nama besar sedang menunggu (jadi ahli). Kita juga ada banyak muka baru yang berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab," katanya.

Abdul Kadir sebelum ini berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan selama 30 tahun telah mengumumkan keluar dari Umno pada 19 Mac lalu.

Bagi membentuk parti Ikatan, beliau meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah (Amanah) dan melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden yang dipegang selama setahun lebih.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan