Dalam Banyak Perkara Saya Sepakat Dengan PR - Kadir Sheikh Fadzir

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengakui sependapat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam banyak isu dan perkara.

Bagaimanapun katanya, itu tidak bermakna beliau bersama parti yang baru ditubuhkannya itu perlu bergabung di bawah satu gagasan kerana percanggahan pendapat masih berlaku dalam beberapa isu.

"Ada juga yang pakatan pembangkang buat saya tak setuju. Tapi dalam banyak perkara saya bersama-sama mereka," katanya selepas melancarkan parti Ikatan di Hotel Palace of The Golden Horses, dekat sini, Khamis.

Menurut Abdul Kadir, parti Ikatan tidak memihak kepada mana-mana parti sebaliknya bertindak berdasarkan isu-isu yang timbul dalam negara.

"Parti ini akan melihat kepada isu. Dalam isu menuntut pilihan raya adil dan bersih kita sokong, begitu juga dalam menangani masalah rasuah, penyelewengan dan kroni.

"Isu penghapusan tol saya tak pula bersetuju. Kita juga sokong Wawasan 2020," katanya.

Bekas menteri penerangan ini berkata, dalam memperjuangkan hak dan perpaduan sesama kaum pada masa kini, PAS dilihat lebih menonjol.

Malah, beliau turut membuat perbandingan di antara parti itu dengan Umno pada zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang amat mementingkan perpaduan kaum.

"Umno zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan PAS sekarang banyak persamaan.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun ke arah itu, tetapi parti Ikatan ditubuhkan untuk memberi lebih penekanan terhadap perpaduan rakyat Malaysia.

"Saya boleh masuk PAS, tapi kalau saya sertai parti sedia ada saya cuma jadi ahli biasa dan tak boleh buat apa-apa," jelasnya.

Tambah beliau, pada masa kini beliau melihat soal perpaduan dan agama sudah tidak diberi penekanan dan dilihat sebagai perkara kecil oleh banyak pihak.

"Mereka sangat cuai dalam soal ini...yang akhirnya boleh membahayakan negara," katanya.

Bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu ini mengumumkan keluar daripada Umno pada 19 Mac lalu setelah 56 tahun berkhidmat dalam parti dan kerajaan.

Beliau kemudian meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah (Amanah) yang disertainya selama lebih dari setahun dan melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden sebelum menubuhkan parti Ikatan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan