Benar Pembangkang Bentang Manifesto Bukti Kerajaan Telus, Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap terbuka untuk memberi peluang kepada parti-parti politik membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya garis panduan mengenai perkara itu, termasuk masa siaran dan tajuk manifesto pembangkang, akan diperincikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saranan yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya ini kita sambut baik...maknanya kerajaan BN bersikap telus, terbuka dan tidak bimbang untuk memberi peluang kepada mereka (parti pembangkang) untuk keluar dalam media rasmi kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan penduduk Gombak di Sekolah Menengnah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Kelang dekat sini, Khamis.

Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin pembangkang yang mendesak agar peluang sama rata diberikan kepada mereka daripada segi masa siaran untuk memperjelaskan mengenai manifesto pilihan raya di RTM.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata parti-parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.

Rais hari ini menjelaskan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk G.Palanivel berkata langkah itu tepat pada masanya kerana ia akan membolehkan parti-parti politik menyuarakan pendapat mereka secara bebas lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini juga merupakan satu peluang kepada MIC untuk membentangkan manifesto kami kepada masyarakat India," katanya kepada Bernama.

Menyuarakan pendapat serupa, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata penyiaran manifesto akan membolehkan parti-parti politik untuk mendekati audien mereka.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berpendapat mempromosikan manifesto akan membolehkan penonton membuat penilaian dan memutuskan parti mana yang mereka mahu undi, khususnya di kalangan atas pagar.

"Manifesto mencerminkan dasar dan pencapaian sesebuah parti. Pengundi akan mendapat lebih banyak maklumat daripada liputan ini dan dapat lebih mengenali parti-parti sebelum memutuskan siapa yang mereka akan undi.

"Janji-janji kosong juga boleh dinilai menerusi liputan itu sekiranya terdapat parti-parti yang cenderung untuk menjadi lebih populis daripada berdepan realiti," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan