Wisma Berita RTM Platform Untuk Bersaing Dengan Media Baru - Rais

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) melangkah setapak ke hadapan dalam penyiaran berita dengan adanya bangunan Wisma Berita RTM yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Wisma Berita RTM itu yang menelan belanja RM90 juta bakal menjadi platform kepada badan penyiaran itu untuk bersaing dengan media baru.

"Kini generasi muda lebih tertarik mengikuti siaran di IT tv (internet) dan siaran percuma serta perkara yang berhubung dengan propaganda yang menyukarkan pertimbangan fikiran kita dalam keadaan sekarang," katanya ketika merasmikan Wisma Berita RTM, di kompleks Angkasapuri, di sini, Rabu.

Bangunan enam tingkat itu menempatkan empat studio berita televisyen, enam studio berita radio, sepuluh bilik penyuntingan video (NLE), tiga bilik suntingan radio, sistem komputer berita (NRCS), sistem arkib dan kamera pengawasan berkuasa tinggi (SCP).

Rais berkata seiring perasmian bangunan itu, kakitangan RTM hendaklah meningkatkan mutu kerja supaya badan penyiaran itu terus unggul dalam penyampaian maklumat kepada rakyat di negara ini.

"Seiring peredaran zaman, kita tidak boleh lagi hanya mengasaskan keperibadian RTM melalui nostalgia dan sejarah, tetapi (RTM) kini perlu menjurus kepada teknik (penyiaran) dan profesionalisme baru untuk terus menjadi jaguh dalam penyiaran tanah air," katanya.

Pada majlis sama, Rais turut melancarkan portal berita RTM dan sistem arkib digital badan penyiaran itu.

Portal berita RTM yang boleh dilayari di <www.rtm.gov.my/berita> menyajikan berita terkini, berita nasional, ekonomi, dunia dan hiburan yang menarik kepada masyarakat.

Sementara itu, sistem arkib digital memudahkan teknologi penyimpanan bahan siaran RTM dalam format digital dan boleh diakses secara atas talian menggunakan sistem OPAC.

Idea pembinaan Wisma Berita RTM dicetuskan oleh bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sewaktu beliau menerajui kementerian itu dan dijalankan secara berperingkat di bawah projek Media City bagi meningkatkan kualiti penerbitan dan siaran berita RTM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan