UDA Harap Pampasan Setimpal Diberi Dengan Pelupusan BB Plaza

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd berharap pampasan yang akan diberikan oleh MRT Corp Bhd sebagai ganti rugi jika bangunannya, Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) perlu dirobohkan.

Perancangan pelupusan bangunan itu, yang turut melibatkan sebahagian bangunan Yayasan Selangor, bakal dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan projek mega kerajaan, Transit Pantas Massa (MRT), untuk kerja-kerja pembinaan stesen bawah tanah.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika bangunan BB Plaza dirobohkan, syarikatnya akan kehilangan perolehan sekitar 25 peratus atau RM20 juta hingga RM25 juta setahun hasil bayaran sewa lot di premis berkenaan.

"Bagaimana pun, apa yang turut menjadi kebimbangan kami ialah perniagaan peniaga Bumiputera yang bakal terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan pembinaan projek MRT terbabit yang dianggarkan memakan masa empat hingga lima tahun," katannya.

Setakat ini, 150 peniaga atau 60 peratus dari keseluruhan peniaga di bangunan BB Plaza adalah Bumiputera, katanya kepada pemberita selepas merasmikan transformasi sistem teknologi maklumat UDA di sini Rabu.

"Kami juga menganggarkan jumlah bayaran pampasan yang sesuai diberi oleh pihak terbabit untuk pelupusan bangunan terbabit adalah sekitar RM370 juta," katanya.

Ini merupakan bangunan ketiga yang diserahkan kepada MRT Corp sebagai laluan kepada pembinaan projek MRT itu, katanya.

Dua bangunan yang terdahulu ialah UO Superstore dan Plaza Warisan.

"Kami telah mendapat pampasan RM80 juta untuk dua bangunan itu dari MRT Corp walau pun harga hartanah semasa untuk bangunan terbabit adalah RM120 juta," katanya.

"Namun, ini adalah pengorbanan yang dibuat oleh UDA untuk memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan," katanya.

Nur Jazlan berkata pihaknya masih tidak dapat memberi tarikh yang sebenar bagi MRT Corp untuk mengambil alih bangunan terbabit kerana mereka masih lagi pada peringkat perbincangan.

Namun, katanya sebarang keputusan terletak kepada Kementerian Kewangan sebagai pemilik penuh UDA.

Mengenai pelancaran program transformasi maklumat bernilai RM13 juta syarikat itu, Nur Jazlan berkata ia merupakan sebahagian usaha UDA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelangganya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan