Saudara Perempuan Tiri Obama Lawat Malaysia Enam Hari

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dr Maya Soetoro-Ng, seorang pakar pendidikan dan saudara perempuan tiri Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, kini berada di Malaysia sehingga 11 Jun, sebagai sebahagian daripada delegasi East-West Centre dari Amerika Syarikat.

Delegasi empat anggota itu turut disertai presiden pusat berkenaan, Dr Charles Morrison, Ahli Lembaga PuongpunSananikone, dan pengarah program pendidikan Dr Terrence Bigalke, menurut kenyataan Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada Rabu.

Dalam lawatannya ke negara ini, Dr Soetoro-Ng dijadual mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selain Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau akan turut mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dan bertemu pelajar serta ahli akademik, antara lain dari kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Permata Pintar.

Semasa berada di Kuala Lumpur, beliau akan melancarkan koleksi 20 helai batik Indonesia kepunyaan ibunya di Muzium Kesenian Islam.

Lawatan beliau itu dianjurkan oleh East-West Centre manakala ISIS Malaysia selaku tuan rumah dengan kerjasama pejabat Tun Daim Zainuddin dan kedutaan Amerika Syarikat di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan