PRU13 Ketika Musim Haji Nafikan Hak Rakyat Malaysia Mengundi – Hadi Awang

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada musim haji tahun ini.

Menurutnya, tindakan mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji akan menafikan hak sebahagian besar rakyat untuk mengundi dan memilih kerajaan.

"Tarikh PRU13, masih dalam ramalan pelbagai pihak. Jika musim haji dipilih ia melibatkan jumlah pengundi yang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bila PRU13 akan diadakan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mendakwa dengan sengaja Umno memisahkan politik daripada agama dan mereka tidak peduli kepada musim haji.

"Ini sekaligus menafikan hak sebahagian besar rakyat.

"Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi kerajaan perlu memilih tarikh pilihan raya yang bersesuaian dan memudahkan rakyat.

"Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

"Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum,"katanya.

Justeru, beliau berharap Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembaggan dan tidak melakukan cara yang tidak bertanggungjawab untuk memenangi pilihan raya umu.

"Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan.

"Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Beliau menyeru masyarakat Islam membetulkan imej Islam dan PAS mampu menggantikan parti pemerintah sedia ada.

"Kita mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

"Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan