Penduduk Bantah Pembangunan Lereng Bukit Di P. Pinang

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebaik sahaja pemaju bersiap sedia untuk membina lebih banyak bangunan tinggi di lereng bukit di Pulau Pinang, banyak pihak tampil membantah pembangunan tersebut kerana mereka ia melibatkan kemusnahan alam sekitar yang serius.

Terdapat sekurang-kuranya sembilan projek dipercayai projek saluran paip di Tanjung Bunga dan Batu Feringghi sepanjang pantai timur laut, Bukit Gambir berhampiran dengan Universiti Sains Malaysia di Gelugor dan Sungai Ara di kawasan pendalaman barat daya pulau tersebut.

Antara projek pembangunan yang mendapat kritikan serius adalah tebus guna tanah di Bayan Baru Mutiara yang terletak di kawasan tenggara pulau berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, George Aeria berkata kawasan tersebut tidak mampu bertahan lagi dengan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di sana.

Tambahnya: "Apabila tanah semakin sukar untuk diperolehi maka, pihak pemaju mula beralih kepada pembangunan di lereng bukit, namun apa yang menyedihkan mereka ini bukan sahaja membina bangunan namun mereka turut menarah kawasan lereng bukit ini.

"Kami sering melihat lumpur dan air berlumpur mengalir ke dalam laut."

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kondominium Sunrise Garden, Manuek Nicholas berkata pembinaan bagunan tinggi bukan satu perkembangan yang baik.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan bahawa pembinaan lereng bukit dilakukan kerana kekurangan tanah rata di pulau itu.

"Terdapat ruang dan tanah rata di pantai barat pulau ini. Jika jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain dibina sudah pasti, orang akan hendak pindah ke sana," katanya.

Sunrise Garden terletak di Sungai Ara.

Kepimpinan kerajaan negeri sering dikritik kerana membenarkan pembangunan di lereng-lereng bukit sejak 2008.

Pada 30 Mei, 2008, Persatuan Penduduk Mount Pleasure di Batu Feringghi membantah projek pembinaan 21 villa empat tingkat dna 80 banglo dua tingkat yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka, Persatuan Penduduk Prihati Mount Pleasure turut membantah projek pembangunan tersebut sejak Januari 2010.

Di Sungai Ara pula, penduduk kawasan tersebut membantah dua projek pembangunan lereng bukit yang diluluskan oleh MPPP pada 8 April.

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang saling menyalahkan antara satu sama lain dengan mendakwa pihak yang telah meluluskan projek tersebut atau gagal menyemak kembali projek berkenaan.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat pula mendakwa, sebahagian daripada projek itu telah diluluskan oleh Barisan Nasional dan terdapat satu projek yang besar telah ditangguhkan oleh kerajaan terdahulu telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada masa ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan