Jawi Terima Surat Dari Penerbit Buku Karangan Irshad Manji - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Rabu menerima surat dari peguam ZI Publications, penerbit buku bertajuk "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcile Faith & Freedom," karya penulis kontroversi, Irshad Manji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika bercakap kepada pemberita di sini, bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat itu dan menyerahkan kepada Jawi untuk tindakan selanjutnya.

Surat itu dipercayai ada kaitan dengan rampasan buku berkenaan oleh Jawi di sebuah kedai buku di ibu negara pada 23 Mei lepas.

Berikutan itu, portal berita melaporkan penerbit itu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Jawi kerana dikatakan 'bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang'.

"Kalau perlu untuk dibawa ke bahagian undang-undang dan sebagainya, ia akan diuruskan sendiri oleh Jawi," kata Jamil Khir.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata apa juga cabaran dan tindakan yang akan diterima, ia tidak harus mematahkan semangat Jawi untuk terus memantapkan Islam.

Beliau berkata penerbit buku itu seharusnya maklum mengenai keperluan mendapatkan permit untuk penerbitan khususnya untuk buku agama.

"Ini kerana sebarang buku terutamanya buku-buku agama yang tidak mendapat permit itu secara automatik akan diharamkan penerbitannya. Jadi tidak perlu timbul soal dirampas Jawi atau diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

KDN sebelum ini mengharamkan buku berkenaan kerana dikata mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah sebagaimana menurut Al-Quran dan Hadis.

Terdahulu, Jamil Khir menyerahkan RM700,000 wang zakat kepada 27 badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk menampung sebahagian daripada aktiviti dan program kebajikan dan dakwah.

"Sumbangan ini untuk membantu NGO Islam yang bergerak aktif di Wilayah Persekutuan berkongsi dana. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa bulan lagi menjelang bulan Ramadan. Jadi mereka boleh menggerakkan lebih banyak aktiviti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan