Dana Penambahbaikan Aset Air Disalurkan Selepas Penstrukturan Selesai - MB Selangor - Berita Semasa | mStar

Dana Penambahbaikan Aset Air Disalurkan Selepas Penstrukturan Selesai - MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hanya boleh menyalurkan dana untuk membaiki dan mempertingkatkan aset air selepas perlaksanaan penstrukturan semula industri air selesai.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, di bawah persetujuan penstrukturan semula air, aset air di negeri itu akan diserahkan kepada syarikat pengurusan aset air, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

PAAB akan mengetepikan peruntukan yang akan diluluskan melalui kerajaan negeri untuk penambahbaikan, pembaikan dan perbelanjaan besar berdasarkan beberapa cadangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), katanya.

PAAB ditubuhkan pada 5 Mei 2006 sebagai sebuah syarikat milik penuh di bawah Kementerian Kewangan dan sebahagian daripada usaha kerajaan Persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air di negara ini bagi mencapai kecekapan dan kualiti lebih baik.

Khalid berkata, kerajaan negeri amat komited untuk melaksanakan penstrukturan semula selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di mana kerajaan negeri akan menyediakan aset kepada PAAB.

"Kerajaan negeri tiada kuasa untuk mendapatkan wang dari sektor swasta. Kerajaan negeri hanya boleh mengambil alih aset air dan mendapat dana dari sektor swasta tetapi ia mestilah mendapat persetujuan daripada Jabatan Perbendaharaan," katanya kepada pemberita, Rabu.

Khalid berkata buat masa ini ia adalah tanggungjawab pemegang konsesi air, Syabas untuk mengekalkan paip air yang akan mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).

"Syabas gagal mencapai sasaran. Sasaran NRW bagi 1 Januari tahun ini adalah 19.98%, tetapi ia hanya mencapai 32.77%," katanya.

Khalid berkata, kertas cadangan kerajaan negeri untuk penstrukturan semula hanya akan menyaksikan tarif air meningkat kepada 12% sepanjang tempoh tujuh tahun.

Malah, ia bertentangan dengan rancangan Syabas untuk melakukan peningkatan sebanyak 37% pada 2009, 25% tahun ini dan 20% lagi pada 2015.

"Kami tidak boleh menerima kenaikan tarif seperti itu," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan